Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 3 Februari 2013

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir. 

Firman Allah SWT:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rum (41).

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. zakat dijadikan hutang

4. suami memperturutkan kehendak isteri

5. anak derhaka terhadap ibunya;

6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid

9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka

10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat

12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. para artis-artis disanjung-sanjung

14. muzik banyak dimainkan

15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)

p/s:Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir. Untuk syarahan lengkap sila rujuk Kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”




Bilakah Izrail mencabut nyawa?

Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan?

Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.

Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail,

“Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”

Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka

“Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?”

Kemudian Allah SWT berfirman:
“Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG

100 hari sebelum kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

APABILA IZRAIL MENCABUT NYAWA

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda,

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi,

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.

Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

TEMPAT TINGGAL ROH

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:

“Roh itu menuju ketujuh tempat”:

Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin
Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus
Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina
Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka
Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat
Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik
Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”

Orang-orang yang mati syahid
Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan
Orang berpuasa di hari Arafah


Jagalah 7 sunnah Nabi Muhammad s.a.w. 

“Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga TUJUH sunnah Nabi setiap hari :

JAGALAH 7 SUNNAH NABI S.A.W

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

Selasa, 29 Januari 2013

Kepada semua sahabat-sahabat di facebook. Jika anda inginkan info lanjut mengenai agama, sila cari di dalam blog ini. INSYAALLAH anda akan menemuinya. 

Khamis, 24 Januari 2013

Jemputan Maulid Nabi

Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath, Negeri Melaka Ma'had Tajdid Islami

Jemputan pada Majlis Peringatan Maulid Nabi Syarif Tahun 1434 Hijriah 

Dengan nama Allah Taala
Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Negeri Melaka (PMKT) dan Ma'had Tajdid Islami menjemput ke majlis Maulid Nabi Syarif al-Mubarak yang akan dilaksanakan dengan izin Allah dibawah bimbingan Profesor DR.Muhammad Abdul Latif Shalih al-Furfur al-Hasani Hafidhahullah. 

Keterangan Majlis adalah seperti berikut:-
Tarikh: Pada 13 Rabi'ul Awwal 1434H-25/1/2013M
Hari: Jumaat Malam 
Masa: 7:15 Petang selepas solat Maghrib hingga pukul 10:30 Malam 
Tempat: Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka 

Kami mengharapkan kehadiran Tuan/Puan/Saudara/Saudari Yang dirahmati Allah semua dalam rangka perayaan Islam Nabawi Al-Hadhari, dan jemputan bersifat umum kepada semua muslim dan muslimat. 

Aturcara Majlis
1. Pembacaan Asyru Al-Quran (al-Ustaz al-Shaikh Yasin Arsyid al-Mujaddidi)
2. Ucapan Aluan (Ustaz Shaikh Mazlisan Bin Mustafa al-Mujaddidi)
3. Ucapan Pengerusi PMKT (Ustaz Shaikh Fuad Bin Ali al-Mujaddidi)
4. Ucapan Penceramah Jemputan Salah seorang Tokoh Ulama Malaysia 
5. Ucapan Penasihat Antarabangsa PMKT
  Prof.DR.Muhammad Abdul Latif Shalih al-Furfur al-Hasani
6. Pembacaan Doa
7. Solat Isya' Berjamaah 
8. Jamuan Maulid Sayyiduna Rasulullah 
  Sallahu alaihi waalihi wasahbihi wasallam Serta diiringi dengan nasyid agama dan nasyid secara kelompok, melantunkan pujian kepada Rasulullah s.a.w. daripada kumpulan Tajdid Islami bersama Munsyid Kabir al-Ustaz al-Shaikh Yasin Arsyid dan anaknya. 

Jumaat, 19 Oktober 2012

ANTARA AYAT AMALAN MENCAPAI SESUATU HAJAT

1. Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 :- Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya. 

2. Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin. 

3.Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt. 

4. Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya i
a akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

5. Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat..

6. Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi

7. Surah Al An’aam :-Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana

8. Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.

9. Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.

10. Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :-Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.

11. Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia

12. Surah Al Baraah (At-tawbah):- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.

13. Surah Al Baraah (At-tawbah)– Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.

14. Surah Al Baraah (At-tawbah)– Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.

15. Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat

16. Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.

17. Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.

18. Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.

19. Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.

20. Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah .

21. Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

22. Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.

23. Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir.

24. Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.

25. Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.

26. Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.

27. Surah Al Isra (Bani Israil) – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia

28. Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.

29. Surah Maryam :-Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat

30. Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.

31.Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.

32. Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.

33. Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya

34. Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum

35. Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.

36. Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk

37.Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.

38. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular

39. Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya

40. Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

41. Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.

42. Surah Al Ankabut :-Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.

43. Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.

44.Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir

45. Surah As Sajadah :- Baca setiap malam Jumaat.

46. Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani

47. Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.

48. Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

49. Surah Saba :- Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana

50. Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

51. Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.

52. Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin.

53. Surah Shad – Ayat 42 :-Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.

54. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular

55. Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan.

56. Surah Ad Dukhan :- Baca selepas solat Isyak akan mendapat keampunan yang didoakan oleh 70 000 malaikat.

57.Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.

58. Surah Al Mulk :- Baca setiap hari agar terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.





Jangan sesekali mengharapkan syurga jika tidak pernah beramal, jangan pula mengharap keampunan Allah jika diri kita tidak pernah berikrar pada Allah untuk tidak mengulangi segala keburukan yang pernah dilakukan.





Hati yang bersih adalah hati yang selalu dipenuhi dengan ucapan Tiada Tuhan selain Allah, hati yang tidak mengenal sesiapa pun kecuali Allah. 








Semua yang kita lakukan akan diperlihatkan oleh Allah tidak ada yang terselit yang tidak diperlihatkan. SemuaNya kelihatan jelas di hadapan setiap seseorang dari kita. Dosa akan menjadikan orang yang melakukanNya memiliki hati keras dan sukar untuk disembuhkan, serta sukar pula untuk menerima kebenaran dari Allah sehingga akan menjadi hina di dunia ataupun akhirat. Sementara orang yang menjauhi dosa, maka hatinya akan mudah bergetar ketika mendengar kebenaran dari Allah





Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Qs: Al-Luqman:14)





Rasulullah s.a.w bersabda: Aku akan menjamin
sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang
meninggalkan debat meskipun dia berada dalam
pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah
rumah di tengah syurga bagi orang yang
meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan
bergurau. Dan aku akan menjamin sebuah rumah di
bahagian teratas syurga bagi orang yang
membaguskan akhlaknya. (H.R. Abu Daud)





Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada ALLAH ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:

1. Syaitan melarang manusia taat kepada ALLAH. Sedangkan orang-orang yang dipelihara ALLAH akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari ALLAH. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’

2. Syaitan sentiasa memujuk manu
sia agar tidak mentaati ALLAH. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.’ ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.’

3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: ‘Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.’ ; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.’

4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh ALLAH akan mengatakan: ‘Bagi saya, penilaian cukup hanya dari ALLAH swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).’

5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: ‘Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.’ ; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: ‘Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan ALLAH dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. ALLAH yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat ALLAH yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.’

6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: ‘Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain .’ ; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara ALLAH akan menolak ajakannya dengan mengatakan: ‘Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba ALLAH dan ALLAH yang menjadikanku. Jika berkehendak, ALLAH akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan ALLAH. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.’

7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: ‘Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika ALLAH telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika ALLAH menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.’ ;
Orang-orang yang dipelihara oleh ALLAH sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: ‘Aku hanyalah hamba ALLAH. Wajib bagiku menuruti perintahNya. ALLAH Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji ALLAH pasti terbukti dan firmanNya pasti benar ; ALLAH telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada ALLAH, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji ALLAH yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi ALLAH yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNya kepada kita.’

…Sesungguhnya dalam mentaati ALLAH, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan sama2 kita pohon perlindungan ALLAH swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan ALLAH dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan.

Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan ALLAH yang Maha Luhur dan Maha Agung.

Ahad, 14 Oktober 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh
Pencarian fesi ialah dari 30 tahun ke bawah
1 kumpulan ada 25 orang
Umur dari 6-18 tahun
Masa: 8:00am hingga zohor